Tentang Kami

Kenal mereka.
Kongsi maklumat.
Bantu mengikut kemampuan.

Pencinta Kucing KVKS ialah komuniti sukarela yang menghubungkan warga yang nampak sesuatu dengan mereka yang mungkin mempunyai cara untuk membantu.

Pelajar sering menjadi orang pertama yang melihat perubahan pada resident cats di sekitar kolej. Pensyarah, AKP, pengawal keselamatan, warden, alumni dan pencinta kucing lain pula mungkin mempunyai pengangkutan, makanan, carrier, bekalan atau kenalan veterinar.

Komuniti ini membantu kedua-dua pihak bertemu. Ia bukan organisasi rasmi KVKS, bukan klinik veterinar dan bukan saluran kecemasan rasmi.

Kenal

Siapa yang tinggal bersama kita.

Nama, rupa dan kawasan umum membantu kita perasan jika keadaan seekor kucing berubah.

Maklumkan

Kongsi perkara yang berguna.

Gambar, masa, kawasan umum dan keadaan semasa boleh membantu orang lain memahami situasi.

Bantu

Ikut kemampuan masing-masing.

Ada yang memantau, ada yang menyediakan barang dan ada yang boleh membantu mengurus rawatan.

Cara komuniti ini berfungsi

Orang yang nampak masalah tidak semestinya mempunyai semua sumber.

Pelajar dan warga sekitarMelihat, mengambil gambar dan berkongsi lokasi umum
Ahli komunitiMemantau dan menyampaikan perkembangan
Mereka yang berkemampuanMembantu dengan carrier, makanan, bekalan atau pengangkutan
Kenalan berpengalamanMembantu mendapatkan nasihat atau rawatan veterinar

JAGA MAKLUMAT SENSITIF

Kongsi yang perlu sahaja.

Kumpulan WhatsApp digunakan untuk berkongsi maklumat dan menyelaras tindakan apabila kucing memerlukan bantuan. Kongsi maklumat yang relevan seperti foto, lokasi, masa dan keadaan kucing mengikut keperluan kes. Gunakan pertimbangan apabila berkongsi maklumat sensitif, dan elakkan menyebarkannya di luar kumpulan tanpa sebab yang munasabah.