Abdul ialah salah seekor resident cats yang dikenali oleh warga KVKS. Kebimbangan tentang keadaannya menjadi serius apabila seorang pelajar berkongsi video Abdul berjalan terhincut-hincut.
Daripada situ, barulah kami tahu bahawa Abdul sudah tidak sihat untuk suatu tempoh. Tidak lama kemudian, Abdul pula tidak dapat ditemui. Pelajar diminta memaklumkan kepada pensyarah jika ternampak Abdul supaya bantuan dan rawatan veterinar boleh diatur.
Abdul akhirnya ditemui sedang bersembunyi di bawah longkang dalam keadaan tidak sihat. Pengalaman itu membuka mata kami kepada satu masalah yang sangat mudah: pelajar mungkin orang pertama yang nampak sesuatu, tetapi pensyarah atau warga lain mungkin mempunyai pengangkutan, carrier, bekalan atau kenalan veterinar untuk membantu.
Yang kurang hanyalah satu tempat untuk maklumat itu bertemu dengan orang yang boleh membantu.
Daripada pengalaman inilah kemudiannya lahir keperluan untuk mewujudkan satu saluran komuniti yang lebih jelas supaya maklumat tentang kucing yang memerlukan bantuan tidak terhenti pada seorang sahaja.